Selamatkah Ubat Yang Anda Ambil
Pastikah anda tentang keselamatan ubat yang anda makan? Semua ubat, termasuk ubat herba dan ubat-ubat cina, dan vitamin tertakluk kepada undang-undang. Ubat-ubat dan vitamin yang dijual di Malaysia mestilah berdaftar dengan Bahagian Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Jabatan yang bertanggungjawab dengan proses pendaftaran ini ialah BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan) yang terletak di Petaling Jaya. Setiap ubat dan vitamin yang berdaftar akan diberi nombor pendaftaran. Sila pastikan barangan yang anda ingin beli itu mempunyai salah satu label berikut: PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah - Drug Control Authority). PBKD adalah label yang lama, yang kini telah digantikan dengan MAL. MAL (Malaysia) Secara mendalamnya, Ubat-ubat terkawal ditanda dengan huruf A pada penghujung nombor. Contohnya - Ventolin evohaler yang digunakan untuk asthma mempunyai label MAL20000727AR Ubat-ubatan tradisional - huruf T. Contohnya Ubat cina Ling Dan mempunyai label MAL19985281TC Produk kosmetik - huruf K Dengan menggunakan produk yang berdaftar dengan KKM anda boleh merasa yakin dengan ketulenan isi kandungannya (seperti dijamin tidak mengandungi steroid, dan sebagainya). Pastikan selain daripada tarikh luput sesuatu barangan, jangan lupa untuk memeriksa PBKD ataupun MAL nya. Untuk memeriksa kesahihan nombor MAL atau PBKD, anda boleh memeriksanya dengan melawati laman web Biro Pengawalan Farmasi di sini. Mulai May, 2005 juga, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan penggunaan hologram pada ubat-ubat berdaftar untuk memudahkan pengguna mengesan produk-produk tiruan dan palsu. Pelekat hologram ini mempunyai perkataan PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah) dan juga DCA (Drug Control Authority) di samping nombor siri. Garis panduan: Dapatkan ubat dari sumber yang dipercayai seperti farmasi atau klinik Pastikan ia berdaftar dengan mempunyai nombor pendaftaran. Nombor ini pula boleh dipastikan kesahihannya dengan memeriksanya di laman web Biro Pengawalan Farmasi Pastikan ubat-ubatan mempunyai pelekat hologram. Pastikan ubat masih belum luput Sekiranya anda ada sebarang aduan atau maklumat, sila hubungi Penguatkuasa Farmasi berdekatan. Penguatkuasa Farmasi memantau klinik, farmasi, kedai ubat dan kedai-kedai biasa supaya peraturan Akta Racun dipatuhi, termasuklah memastikan hanya barangan berdaftar yang dijual untuk memastikan kebaikan orang awam. Penguatkuasa Farmasi Lot 36, Jalan Universiti 46350 Petaling Jaya Tel: 03-79682200, Faks: 03-79682251 Web: www.pharmacy.gov.my, Email: pharmacy1@pharmacy.gov.my
Negeri Tel Fax Perlis 04-9765033 04-9765033 Kedah 04-7321635 04-7307313 Pulau Pinang 04-2292319 04-2639589 Perak 05-2555994 05-2532734 Selangor 03-55101051 03-55108977 WP Kuala Lumpur 03-26940701 03-26938776 Negeri Sembilan 06-7625231 06-7646148 Melaka 06-2843480 06-2824054 Johor 07-2272801 07-2236146 Pahang 09-5146412 09-5137769 Terengganu 09-6222627 09-6227486 Kelantan 09-7730586 09-7746817 Sabah 088-231610 088-245998 Sarawak 082-256566 082-257552 WP Labuan 087-412097 087-411298